Profile

Home

Entrepreneur Profile 

Giorgia Armani merupakan koleksi fesyen Itali bertaraf antarabangsa yang ditubuhan oleh pereka fesyen Giorgio Armani yang berkeupayaan untuk mereka, membuat, mengedar dan menjual sendiri busana, pakaian, barangan kulit berkualiti, kasut, jam tangan barangan emas, aksesori, kaca mata, alatan kosmetik dan barangan perabut untuk hiasan dalaman rumah. Kesemua jenama ini dipasarkan mengikut beberapa sub-label termasuk Giorgio Armani, Armani Collezioni, Emporio Armani, AJ | Armani Jeans, AX | Armani Exchange, Armani Junior, dan Armani/Casa. Nama Armani telah sinonim dengan fesyen mewah dan merupakan jenama yang berprestij di dalam industry fesyen. Pada hujung tahun 2005, jualan untuk syarikat ini mencecah 1.69 bilion. Armani Exhange Enterprise yang berpangkalan di ibu pejabat Toronto merupakan kepunyaan Aladdin Hasmin.



Selepas berkhidmat bersama tentera, Armani berkerja sebagai ‘window dresser’ di Rinascente, sebuah pasaraya di Milan. Dia juga menjadi jurujual pakaian lelaki di pasaraya tersebut, dimana dari situ dia memperoleh pengalaman berharga mengenai aspek-aspek pasaran pakaian lelaki dalam industry fesyen. Pada pertengahan 1960s, Armani telah berpindah ke syarikat Nino Cerruti, di mana dia ditugaskan untuk mereka fesyen pakaian lelaki. Kemahirannya mempunyai permintaan tinggi sehingga dekad seterusnya, sementara berkerja di Cerutti, Armani mengambil upah untuk menyumbang kreativiti rekaannya kepada hampir 10 pengilang pada satu masa. Pada penghujung 1960, Armani telah berjumpa dengan Sergio Galeotti, pelukis pelan senibina. Permulaan untuk perhubungan peribadi dan professional yang berpanjangan beberapa tahun lama. Pada tahun 1973, Galeotti memujuk Armani untuk membuka sebuah pejabat berkonsepkan rekaan fesyen di Milan, 37 corso Venezia. Dengan pembukaan pejabat itu, telah menjadikan pengaruh Armani meluas disebabkan pada masa yang sama Armani sedang berkerja sebagai pereka fesyen bebas untuk beberapa syarikat fesyen terkemuka termasuklah Allegri, Bagutta, Hilton, Sicons, Gibò, Montedoro, dan Tendresse. Pihak wartawan antarabangsa menyedari akan kebijaksanaan Armani dalam reka fesyen. Mereka juga kagum dengan fesyen yang ditunjukan di Sala Bianca, Pitti Palace di Florence. Pengalaman mengajar Armani untuk mereka sesuatu mengikut citarasa tersendiri. Pada tahun 1975, Armani telah menubuhkan Giorgio Armani Spa di Milan bersama kerjasama rakannya Galeotti. Pada bulan October 1975, Armani mempersembahkan koleksi pertamanya pakaian untuk musin bunga dan panas 1976 berjenamakan namanya sendiri. Armani juga memperkenalkan koleksi pakaian untuk wanita juga.


No comments:

Post a Comment